Thursday, September 25, 2014

Hari Berangkat sudah tiba..

Pejam celik sudah sampai waktunyer aku pergi meninggalkan bumi Malaysia tercinta..Sangat sedih bila terpaksa berpisah dengan Anaqi, Airis dan juga suamiku.

Pada waktu pagi sebelum aku berlepas, aku mengemas saki baki barang- barang yang perlu dibawa, pada waktu tengahari pula aku, suami dan anak2 ada makan2 di rumah kakakku di Setia Alam. Suami masih lagi cuba membaiki laptopku yang perlu aku bawa ke UK, jadinya suami membawa ke rumah kakakku. Kami ke sana sehingga jam 5 petang, setelah itu suami memberitahu yang bateri laptopku rosak, aku memberitahu suami sudah agak lambat sebab penerbanganku pada malam ni, seeloknya selepas isyak kami akan gerak ke KLIA. Suami bertegas untuk mencari juga bateri laptopku. Ku turutkan sahaja. Kami sampai ke rumah hampir jam 9 malam. Aku masih berkira ada lagi barangku yang masih belum habis dikemas lagi. Ya Allah, aku berkira-kiranya sempatkah mengemas barang dengan hendak membersihkan diri lagi dan bersolat. Aku bukan jenis lambat orangnnya, setiap masa bagiku adalah emas. Aku sangat menepati masa.

Kami bersiap- siap untuk keluar rumah dalam jam 10.30 malam, masa itu semua orang sudah kelam kabut untuk keluar. Aku tidak kisah sekiranya aku sudah mengetahui tempat duduk dan check-in secepat mungkin. Setelah sampai di KLIA,  aku melihat ramai orang sedang beratur panjang untuk check-in. Aku berkira bahawa tiket yang diberikan oleh agen hanyalah tiket yang di 'book'. Semasa mendaftar, pengawai yang melayani aku memberitahu bahawa "luggage" yang ku bawa melebihi had untuk satu muatan. Memang aku sangat bertuah sebab mendapat extra 10 kilo untuk dibawa ke UK. Jadi, kat situ jugakla kami 'mengemas semula barangku. Alhamdulillah, "luggageku tidak melebihi had 40 kilo. Tetapi pengawai itu memberitahu mereka mendapat lebih banyak tempahan seperti di janjikan dan dia hanya memberikan aku seat yang terakhir di check-in malam itu. Seat untuk penerbangan pertama aku mendapat first row kelas ekonomi tetapi betul-betul di tengah orang lalu lalang, memang sangat tidak selesa tapi apakan daya tiket itu sahaja yang masih kosong. Alhamdulillah, Hana kawanku yang bersama dalam satu pesawat duduk bersebelahan denganku. Memang kami bercadang untuk duduk bersama tetapi kuasa Allah akhirnya dapat juga aku berbual dan tidakla terasa bosan sepanjang penerbangan.

Penerbangan pertama aku dari KLIA ke Dubai mengambil masa selama 6 jam setengah. Aku memilih Emirates Airways sebab rata2 pelajar -pelajar di UK memilihnya disebabkan harga yang berpatutan, makanan yang enak dan layanan mesra krew2 pesawat. Penerbangan pertama aku berlepas jam 2 pagi waktu Malaysia dan sampai di Dubai dalam 4.50 pagi waktu Dubai. Aku sudah lama tidak menaiki kapal terbang, kali terakhir aku menaiki kepal terbang pada tahun 2005 ke Kelantan. Ini merupakan penerbangan pertama aku ke luar negara. Dulu pernah juga bercadang melancong ke Guang Zhou tetapi aku mengandung pada ketika itu, jadinya rancanganku terbantut. Aku sangat takut untuk menaiki kapal terbang terutama sekarang macam2 kes kita dengar pasal MH370 dan MH17. Cuma beringat bahawa ajal maut ditangan Allah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya..

Penerbangan keduaku dari Dubai Ke Glasgow mengambil masa selama 7 jam. Aku menaiki pesawat Emirates Airways pada jam 7 pagi waktu tempatan dan dijangka sampai pada jam 1235 tengahari. Penerbangan kedua aku mendapat tempat duduk agak jauh ke belakang dan bersebelahan dengan seorang wanita lebih kurang dalam lingkungan 50 tahun daripada New Zealand. Beliau sangat peramah dan sudi berkongsi cerita beliau denganku.

Alhamdulillah... tepat jam 12.35 tengahari aku selamat mendarat di Glasgow. Pertama kali menjejak kaki di sini cuaca sangat sejuk. Pemandangan yang luas semuanya hijau, angin meniup pipiku lembut dan udara sangat segar di sini.  Kedatanganku disambut oleh seorang kawan yang ku kenali dalam Komuniti Malaysia Glasgow. Syida namanya. Syida sangat peramah dan sudi mengambilku di airport. Aku dijemput ke rumahnya di Maryhill untuk makan tengahari bersama keluarganya. Ayah dan ibunya juga ada bersama dengannya di rumah. Kami banyak berbual dan Syida sudi berkongsi pengalaman hidup di Glasgow.

Dalam pukul 4 petang, Syida membawaku ke rumah Kausar iaitu penempatan sementaraku di Byres Road; tidak jauh dari kampus. Di rumah ini tinggal Kausar, Ili dan juga Fathiah. Mereka sangat membantu dan sudi berkongsi segala nasihat, tunjuk ajar sepanjang aku menumpang disini.

Hari semakin malam, aku sangat penat setelah lama di dalam penerbangan. Lebih kurang beberapa hari aku masih merasa keletihan. Alhamdulillah Syukur.. walau apa pun aku berdoa semoga segala nya selamat di sini...


Familyku di Malaysia, miss them so much!

Family suami , rindu ngan mereka...Doa2 suami dan anak2 akan datang cepat bersamaku di sini.

Hana duduk bersebelahan denganku dalam penerbangan pertama

Penerbangan kedua 

Penerbangan bersama Amalin, kami travel bersama dari Kuala Lumpur ke Glasgow. 

Syida yang sudi mengambilku di airport. Terima Kasih Syida!

Anak perempuan Syida yang sangat cute! Hai Sufianeesa!







Sunday, September 21, 2014

Persediaan sebelum berangkat ke Scotland, UK (part 3)

Dokumen yang penting untuk bawa ialah : TB test cert, CAS letter, university offer letter, sijil kahwin ( yang ni kena translate), surat beranak anak2 (kena translate jugak, kalau warna hijau x payah translate), sijil2 semasa belajar ( mana tahu nak cari keje kat sini).Mcm TB test cert and CAS letter harus simpan dlm handcarry coz masa di airport diorg akan periksa.

Makanan

Makanan Malaysia memang ada jual di sini, tapi harga dia sangatla mahal, so elokla bawak sebanyak maner yg boleh muat dalam beg. Makanan yang boleh di bawa :

1) Ikan bilis
2) Cili kering
3) Segala jenis rempah ratus
4) Kiub pati ayam, tom yam, ikan bilis, sup tulang dan penambah perisa
5) Maggi
6) Sardin
7) Sos Cili, Kicap
8) serai, daun kari segal jenis daun ( kena keringkan, tapi x brp nak sedapla berbanding ngan fresh)
9) Santan (aku bwk santan paket, ringam sket beg)

Apa yang saya buat untuk simpan dalam beg pack dengan wrapping ketat2, mcm sos cili or kicap yg berbotol saya kuarkan sos tu masuk dalam plastic dan sealkan ketat2, so far okay. so dah jimat berat sebab botol kaca mmg berat.

Baju 

Bawak la baju seminimim mungkin, bawak baju tradisional dlm 2 pasang cukup, baju sejuk sekadar sehelai cukup. Beli di sini sangatla murah berbanding di Malaysia, Baju tidur sepasang pun cukup, Baju tidur kat sini yang jenis tebal sangat murah, dekat primark boleh dapat dlm  7 pound sepasang..kalau sale lgla murah.
Peralatan mandian bawakla standby untuk seminggu incase terpaksa tumpang maner2 dulu sebelum dapat rumah.
Telekung sembahyang, sejadah, Al-quran, yasin wajib bawak sebab kat sini so far susah nak jumpa.
Tudung, keronsang, hijab pins pun benda wajib sebab sini pun susah jumpa.

Ubat

Kalau anda ada sakit yang kerap berlaku or ada preskripsi doktor bawakla ubat yang perlu. Macam ubat gamat, minyak urut, minyak yuyi, minyak cap kapak mmg wajib bawak. sini xde jual. Sebab macam kita orang Malaysia dah biasa ngan  ubat2 mcmtu kan.

Duit Tunai 

Untuk permulaan bawakla  tunai yang sudah siap di tukar dalam 1, 500 pound untuk permulaan hidup di sini. Duit ni termasuk untuk deposit rumah sewa anda nanti. Barang2 disini memang murah tapi bila dah di 'convert' ke pound sangat mahal. Kalau bandingkan satu dengan satu sebenarnya disini sangat murah.


Semasa aku memacking barang sangatla mencabar sebab aku dapat 40 kilo sebab beli tiket flight melalui agentku, siap 20 kali jugak dok masuk punggah sebab  nak dapatkan exactly 40 kilo or less. Terpaksala berkira2 nak bawak tu ini...


Persediaan sebelum berangkat ke Scotland, UK (part 2)

Ok first part dah citer pasal Visa and TB Test.

Next, nak setelkan pasal account di Malaysia. Ramai cakap buat demand draft senang nanti bukak account bank kat UK. Tapi aku buat HSBC akaun, boleh kuarkan kat maner2 bank kat dunia ni. So far, xde masalah la aku kat sini.

Next, buat international driving license di jawapan JPJ berdekatan ngan rumah. Macam aku, aku buat kat JPJ Padang Jawa, Shah Alam. Sekejap je buat, jangan lupa bawak gmbr passport lebih. Charge utk lesen antarabangsa RM150, valid untuk setahun sahaja. Kalau rasa x nak buat takpe, sebab macam aku gi Glasgow ni jarang sangat orang bawak kereta, kebanyakan ambik subway atau bas ataupun berjalan kaki.

Kalau u all ada kereta atau rumah sebagai kotmitmen di Malaysia, boleh disewakan atau jual. So that, segala bayaran ansuran bulanan di Malaysia dapat ditampung.

Lagi satu, aku kena setelkan berkenaan dengan pemberhentian kerja di LHDN. Memandangkan aku tidak terikat dengan apa2 kontrak, aku perlu melaporkan ke LHDN mengenai pemberhentian kerja di Malaysia. LHDN akan cek samada kita masih ada segala bayaran tertunggak. Gaji bulan terakhirku berkhidmat pun terpaksa ditahan sementara menunggu maklum balas dari LHDN.


Persediaan sebelum berangkat ke Scotland, UK (part 1)

Alhamdulillah.. setelah menerima perkhabaran untuk menyambung pelajaran, banyaklah persiapan yang aku perlu buat sebelum berangkat.
Pertama sekali buat passport.. Passport aku dah lama expired, so buat alang2 5 tahun walaupun pengajian hanya setahun. Walaupun  pengajian hanya setahun, memang x sah kalau x bawak family.. yela nak merasa kat negara orang. Lagipun, bila hubungan jarak jauh ni agak mencabar sebab hari2 sentiasa merindui keluarga..( macam sekarang yang aku rasa..huhuhu)

Tempat paling cepat untuk buat passport adalah di UTC Sentul. Ia di buka 8 pagi hingga 10 malam setiap hari maksud nye Sabtu dan Ahad buka. Tapi tanya pengawal disitu, " Jangan pergi Sabtu dan Ahad sebab orang beratur dah macam ular sawa". So kami decide pergi waktu bekerja.

Kaunter memang besar dan amat selesa, process  memang cepat kalau system x offline. Paling mencabar buat passport Airis..masyaAllah nak ambik gambar punyer le susah.. Airis x nak pandang kamera, bila pandang terbeliak mata, senyum macam x nak senyum .. bila pengawai cakap " Nanti tinggal, x ikut naik kapal terbang" barula Airis buat betul2.

Lepas habis buat passport, kena buat Visa UK. Buat Visa UK ni kena online sumer. Seorang visa  fee 530usd so dalam RM1700 seorang. Untuk buat visa, kena buat TB test, TB test ni kena buat hanya ada 2 panel klinik di KL, satu di Bangsar South and satu lg di Gleneagles Hospital kat Ampang.. Banyak review dalam web buat di  Life Care Bangsar South, untuk dewasa dalam RM250 seorang (aku dan suami) dan anak RM 210  seorang( untuk Anaqi - 5 tahun, Airis - 3 tahun). Kanak2 murah sebab diorang x payah buat x-ray. tempat dia mmg cantik dan sangat selesa. Buat TB test ni banyak pakai duit, samalah buat Visa online. so total kami sefamily adala dlm RM 7k ++. Untuk payment visa online, semua pembayaran kena la dalam visa or master card.

So lepas buat TB test, kena isi Visa online , ni web site dia : https://www.visa4uk.fco.gov.uk/
Make sure application isi betul, form dia sangat panjang. setiap seorang adala dalam 10 pages. Isi form ni sangat mencabar, kalau nak info lebih boleh try masuk facebook info call mara : https://www.facebook.com/groups/314015352088374/

 Banyak info mengenai visa kat sini. Masa isi online banyak step yang kena complete Visa UK pun kena appointment. Appointment kebiasaannya dia akan bagi 2 minggu selepas u buat payment. Kalau nasib dapat lagi awal.  masa appointment dia x banyak taye, macam aku dia hanya taye "What is your passport number?". Masa appointment dia akan ambik sumer cap jari tangan kanan dan kiri. Btw, visa appointment akan dibuat kat Bangunan MCA Jalan Ampang (sederet ngan LRT Ampang Park).

Process untuk siapkan dlm 5 ke 15 hari .. yang ni kalau ambik standard appointment. aku terpaksa apply priority visa.. yang ni masa u walk in for appointment baru mention nak ambik priority visa. Priority visa ni kena bayar seorang RM 580. macam kes aku, aku gi sorang dulu ke UK, hubby and anak2 akan join kemudian. Priority visa akan siap dlm 5 hari kalau xde apa masalah.

Reason hubby and anak2 ikut kemudian ialah sebab kami dah lama jual rumah di Kepong disebabkan masalah pelbagai ragam penyewa so kami decide utk jual, sepatutnya urusan setel sebelum kami ku UK, tetapi geran asal rumah kami sudah dihilangkan oleh pihak Bank dan lawyer. Bila kami cek pejabat tanah pulak, geran masih pada nama pemilik nama..maknernye..owner lama jual dapat duit, rumah pun  dapat. Jadi macam ni banyak kami pelajari. So pada yg di luar sana, bila dah beli rumah, cek ngan pejabat tanah samada nama anda ada tak di dalam geran. Senang saje.. pergi ke pejabat tanah berdekatan dengan rumah anda untuk buat carian khas. Kena buat bayaran RM80. memang agak mahal, tapi selamat sebab kita tahu memang dalam geran ada nama kita, sok lusa kita meninggal nama bukan nama kita, susah nanti hal2 harta ni.
 Kes rumah kami ni dah naik sampai ke peguam negara, memang ada dengar kes2 mcm ni selalu terjadi di bank. Inshaa Allah dalam 5-6 bulan akan setel jual rumah ni.


Tunggu buat passport melayan kerenah Anaqi Airis



Kat Life Care Bangsar, seronokla Anaqi Airis tgk fish 

Tempat mainan kanak2 pun ada 


Tunggu untuk X-Ray dan pemeriksaan oleh doktor

Terpesona Airis Anaqi tengok gambar

Keputusan Untuk Menyambung Pelajaran

Memang sebelum berkahwin lagi, aku memang cita2 tinggi nak sambung pelajaran sampai ACCA, tapi apakan daya niat tu terbantut selepas berkahwin, kononnya kotmitmen berkeluarga amat berat kalau dicampurkan dengan belajar alamatnyer makin parah.. Nak Ambik ACCA kononnya nak teruskan profession sebagai akauntan berjaya.

Aku memang dari kecik memang minat untuk mengajar, sewaktu aku habis SPM, aku ada mengajar 2-3 orang kawan kepada adikku, Nurul mengajar subjek AddMaths.. Alhamdulillah AddMath aku memang power (hehehe..poyo sekejap) tapi maybe sebab aku minat belajar math..hehehe. Masa aku di Matrik Perlis dulu memang ada sorang lecturer Math pernah cakap kat aku.. " Awak nanti time degree ambik la jurusan Matematik, Matematik awak sgt bagus, kat USM ada" tapi memang sebab nak jadi Accountant tinggi menggunung aku ambik jurusan Perakaunan di UITM.

Pengalaman bekerja banyak aku timba semasa bekerja di RHB Islamic Bank. Tapi tempat keje amat jauh, especially dah ada family. Masa mula2 kawin aku duduk di Selayang Heights ( lawa tmpt ni, nyaman) , so selalu aku naik tren dr LRT gombak( cik abg hantar), turun di LRT Ampang. Kat situ ada bas RHB ambik nak ke ofis di Jalan Bukit Bintang. Memang perjalanan agak jauh, hubby keje dekat di Syabas Gombak. Dah la tgh2 KL, jem pulak tu..dibuat nyer tertinggal bas or kene keje lewat..terpaksala aku naik teksi ke LRT Ampang or hubby ambik di ofis. Bas mmg akan ada sekali waktu habis keje 5.45 ptg.

Memang semasa mengandungkan anak sulong, Anaqi naik turun bas lrt dah jadi satu kemestian, so bila dah sarat sangat cik abg memang akan selalu hantar aku ke ofis.
Berat pula dugaan bila mengandungkan anak ke 2, Airis. Aku terpaksa ditukarkan ke Head Office di Bangi, masa tu kami sudah berpindah rumah ke Kepong dan rumah tgh renovate, tiap2 pagi hubby akan hantar aku ke LRT gombak untuk dapatkan bas  RHB di LRT pasar seni. Kalau aku terlepas bas, ada 2 option..satu, naik ktm turun di ktm serdang ambik teksi ke RHB Bangi, option lg satu call husband yg ni kalau betul2 lmbt dah, mmg hubby akan hantar terus ke RHB Bangi.

Memang alasan untuk berhenti keje itu, memang sangat kuat. Memang banyak dah cara aku try mutual.. transfer ngan staff2 lain yg bekerja di KL, cari keje lain sumer x dpt. So, pada March 2013..masa itu kami sekeluarga di kejutkan dengan kematian Ayah Mertuaku..kami sgt terkejut. Sebelum dia meninggal dia ada berpesan pada adik iparku supaya kami sekeluarga tinggal di situ. Jadi, kami decide berpindah ke Shah Alam, rumah Kepong yg kami beli; kami bercadang untuk sewakan. Jadi banyak perbelanjaan kami berkurang bila disewakan. Waktu itu, hubby bekerja sendiri so banyak perbelanjaan terpaksa dikawal ketat.

Nak di jadikan cerita.. aku mendapat tawaran bekerja sebagai Pensyarah sepenuh masa di salah sebuah kolej persedian ke luar negara di Shah Alam. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Adil ..tempat keje sekarang semakin dekat hanya mengambil masa 25 min ( kalau x jem) , sejam kalau jem. Bila profession sudah berubah, serba sedikit kehidupan ku berubah.. Aku mcm mengalami kejutan budaya bekerja.. selalu di Bank bekerja lewat masa adalah perkara biasa, tetapi di sini kebanyakan akan balik awal sebab kelas akan start pada waktu pg. Di sini aku sentiasa dihargai, aku bersyukur dapat menjawat jawatan sebagai Pensyarah..sebab status ini hanya dipegang kepada mereka yg memiliki Masters. So selepas setahun berkerja di sini, aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran. Aku bercadang ambik sahaja part time di UITM sambil bekerja . Tapi rata2 pensyarah disini tidak dapat menyudahkan pengajian disebabkan kotmitmen keje. Kalau part time, dalam 2 tahun baru pengajian akan habis. Jadi, aku beritahu suami untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di luar negara. Aku cuba mendapatkan permohonan biasiswa Mara dan pada masa yang sama aku mencari universiti yang sesuai dengan aku. Tanpa disangka, dengan berkat doa dan usaha aku selama ini, aku berjaya masuk ke salah satu universiti terunggul di dunia.. University Of Glasgow.. Alhamdulillah syukur, memang perancangan Allah sangat hebat. Inshaa Allah akan aku gunakan segala peluang yang ada untuk berjaya di sini.

Monday, August 5, 2013

Cara Menambahkan Susu Badan Untuk Ibu Yang Menyusu

Kemas2 bilik terjumpa nota yang aku salin 2 tahun lepas, masa tu aku baru bersalinkan Airis, anak kedua ku..Alhamdulillah... dapat breast feed sehingga umur Airis 2 tahun. Ada banyak petua yang boleh menambah susu badan ni, disini serba sedikit yang boleh saya kongsikan sepanjang pengalaman menyusukan Airis. Mudah-mudahan apa yang kita amalkan mujarab untuk baby.
1) Membaca Surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat
2) Cekur Manis
3) kacang tanah
4) Air Longan
5) Halba dan Jintan Hitam
6) Bunga Melur (giling & tampal)
7) Lobak putih (masak bersama sotong kering pun sedap)
7) Pucuk betik (buat ulam)
8) Tuaman Daun Sirih
9) Jantung Pisang
10) Makan makan yang meningkat CLA (conjugated linoleic acid) Cth : susu, keju, telur, minyak sayuran
11) Kurma
12) Makanan mengandungi kekacang
13)Jambu batu
14)Sawi/kacang panjang/kacang buncis/jagung muda
15)Daun/ Pucuk Meranti masak lemak putih/tumis air/goreng
16) Oat
17) Madu
18) Red raspberry leaves
19) Barli
20) Pucuk Manis/ Cekur Manis + Ubi Keledek
21) Pucuk Pegaga
22) Daun Kucai
23) Soya
24) Susu/Produk Tenusu/ Kalsium
25) Teh hijau Jepun
26) Makanan mengandungi Yis -Donut/Roti / Tapai
27) Bawang Putih
38) Kacang Merah
29) Ubat Homeopati
'Selamat Mencuba'. Apa yang penting, kita yakin dan berusaha..In Sha Allah apa yang kita usahakan berkesan.

Sunday, August 4, 2013

Lama sangat dah x update blog ni.. tersangatla berhabuk.. Kadang2 ada masa free buat bende2 lain yela, dah bertukar pekerjaan ni lain senario ye.. Apapun, I enjoy bekerja di sini.. x tension and x balik lewat mcm keje dulu. Ramadhan 2013 hampir melabuhkan tirai..sedih pulak sebab seronok berpuasa sebab suasana bulan Ramadhan sungguh tenang berbanding bulan2 yang lain. Bagiku sekarang, kegembiraan anak2 sambut Syawal, seronok bile diorg sangat happy. Tahun ini juga buat pertama kali aku berpuasa di tempat keje baru, pengalaman yang menyeronokkan. Apapun Selamat menyambut Kedatangan Syawal...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin...